welcome to my world...

eat.pray.love.

Saturday, August 6, 2016

Catatan dari 5 Ogos 2012 revisited

Sampai di kampung malam Jumaat lalu, ayah tiada di rumah. Mak kata ayah bersama kawan-kawan masjid dok bancuh simen di Masjid.

Sebab?

Nak tampal jalan dari Sungai Korok ke Pida 3 yang sangat daif, semua depa guna duit sendiri, share-share.

Malam tu dekat jam 1 baru kami semua tidoq, taktau ayah balik jam brapa. Esoknya, ayah kata sampai rumah dalam jam 3 lebih, tu pun sebab simen dah habis.

Kata ayah, depa guna tractor untuk angkut simen dan tampal jalan secara manual. Moga ramai yang dapat manfaat daripada usaha ayah dan rakan-rakan.

Jom kita fikirkan sama-sama. Instead of just taking, apa yang kita boleh sumbangkan untuk masyarakat sekeliling kita, bukan saja tunggu dan lihat.

Untuk pengetahuan smua, ayah dan kawan-kawannya bukan kerja makan gaji dan duduk di pejabat berhawa dingin, jadi, pendapatan depa bukanlah mencecah ribuan setiap bulan. Tapi rasa untuk melihat sesuatu yang lebih baik mendorong mereka.

Moga kita yang kebanyakannya bergaji tetap setiap bulan,  sama-sama fikirkan dan lakukan sesuatu untuk komuniti kita, instead of just wait, see and do nothing.

Cerita ini hanya sekadar refleksi diri saya sebenarnya.

Acapkali, setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah untuk kita ambil pengajaran buat diri sendiri.

Berbuat baik adalah sangat subjektif, cuma sandaran kita adalah agama. Jadi apa yang baik pada kaca mata agama, adalah sesuatu yang baik buat kita.

Beri makanan kepada haiwan, waima kucing dan anjing terbiar sekalipun adalah amalan mulia dalam Islam.

Bantu ringankan beban sahabat kita hanya dengan menjadi pendengar setia serta memegang rahsianya juga adalah amalan mulia.

Jadi, kita bertindak atas kapasiti masing-masinh. Ikhlas adalah dalam diri sendiri, tidak boleh disukat, hanya kita dan Tuhan yang tahu.

Moga kita sama-sama berada di kalangan orang-orang yang hidupnya sentiasa memudahkan serta menyenangkan hati orang lain; manakala kematian kita kelak, ditangisi makhluk seisi langit dan Bumi.

Amiin.

No comments:

Post a Comment

jitra weekend getaway

jitra weekend getaway
mama n khyra

weekend getaway

weekend getaway
confuse

SR

SR
eat out

McD

McD
looking up

akmal

akmal
swimming