welcome to my world...

eat.pray.love.

Saturday, November 20, 2010

Eid-ul Adha...

Salam eid-ul Adha buat semua. Semoga kita sentiasa dilindungi di bawah rahmatNya. Pagi nie menonton rancangan Tanyalah Ustaz di tv9 berkenaan korban. Tersentuh qalbu dengan bicara ustaz yg amat petah dan penuh dengan hikmah. Bicara pagi ini berkisar tentang Eid-ul Adha yang masih kita raikan hingga hari ini. Harapannya gema takbir masih berkumandang di serata pelusuk bumi Allah ini...

Berbicara tentang korban, ibadat korban secara khusus. Benarlah kata seorang ustaz, kita tak perlu menjadi kaya untuk kita mampu melakukan ibadah korban. Seperti yg digambarkan oleh ustaz tersebut, andainya sampai masa ibadat korban itu sunat dilakukan, dan pada waktu itu telah cukup bagi kita perbelanjaan asas makanan dan pakaian, dan sekiranya ketika itu ada lebihan daripada perbelanjaan kita, maka kita pada waktu itu berada dalam kategori org yg mampu melakukan ibadat korban. Marilah kita renungkan bersama. Terutama bagi golongan hawa seperti saya, jika kita mampu membeli pakaian baru setiap bulan, handbag kita juga bernilai ratusan ringgit (sekurang2nya, malah ada yg mencecah ribuan), kasut kita apatah lagi, sekurang2nya saya fikir seorang tidak kurang dari 3 pasang kan? Tidak salah semua ini kerana ini semua keperluan kita apatah lagi menjadi seorang wanita yg berkerjaya. Tapi adakah kita terfikir, untuk setiap dari kita (termasuklah saya sendiri) melakukan ibadah korban setahun sekali, kadang2 dirasakan suatu yang amat berat untuk dilaksanakan. Marilah sama2 kita renungkan, alangkah baiknya jika kita dapat ambil sedikit dari perbelanjaan kita setiap bulan (mengikut kemampuan kita masing2) dan kita kumpulkan untuk membolehkan kita melakukan ibadat korban setiap tahun...alangkah baiknya...

Ibadah korban, seperti namanya, 'korban', menuntut pengorbanan kita dalam mengikhlaskan hati memberi kepada insan yg memerlukan. Syarat2 korban yg telah ditetapkan pula memberi panduan dan peringatan kepada kita bahawa hanya pemberian yg terbaik dari setiap segi yg diterima Allah. Maksudnya di samping niat kita yg baik dalam melakukan ibadah korban, sembelihan yg dipilih hendaklah dari yg terbaik. Contohnya harus kita memilih haiwan yg sihat, tidak cacat-hatta yg patah sedikit tanduknya pun dilarang oleh Rasulullah untuk kita ambil sebagai korban. Begitulah telitinya Islam...yg perlu kita buat hanyalah mengikut panduan yang telah diberikan.

Apakah hikmah ibadat korban nie dalam hidup kita? Hm, maksudnya, kalau kita nak bagi sesuatu pada orang, bagilah yang terbaik. Contoh, nak bagi makanan, bagilah makanan yg kita makan yg kita suka dan masih elok. Macam pakaian pula, tidak salah (kata ustaz 'Tanyalah Ustaz pagi nie - Ustaz Mohd Nidzam, pensyarah UIAM) jika kita hendak memberi pakaian terpakai yg masih elok dan boleh dipakai kepada orang lain, tapi jangan la bg pakaian yg dah x boleh dipakai, melainkan tujuan kita bagi tu untuk org tu buat kain buruk, tu cerita lain la.

Oke, semoga perkongsian ilmu ini memberi kita manfaat bersama. Amiin. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Allahuakbar wa lilla hilham...

Salam Eid-ul Adha buat semua. Selamat berkorban demi agama Allah yang kita cintai...

Wednesday, November 3, 2010

life is too short

Agak lama aku tdk mencoretkan apa2 d ruangan ni. Hm, mgkin faktor ke'bz'an aku. Huh? Bz sgt ke? Ntahla, bz la rsanya...ujung2 taon nie byk hal yg nk kna disetelkan. List keje yg nk kna disetel dh dpt, awl2 lg sbnrnya dh tau apa yg nk kna hntq ujung taon nie, tp besala, ak nie stail last-minute tu xleh nk tgal, dr stadi kat U dlu lg. Tp besanya last2 minit nie, idea mencurah2...hm, ntahle, samaada itu kelebihan @ kekurangan, ak x pasti, tp yg pastinya ka syg dri ak. :)

jitra weekend getaway

jitra weekend getaway
mama n khyra

weekend getaway

weekend getaway
confuse

SR

SR
eat out

McD

McD
looking up

akmal

akmal
swimming