welcome to my world...

eat.pray.love.

Tuesday, March 26, 2013






DIY floral arrangement, hand bouquet and room backdrop/wall drapes for my brother's and sister's wedding. :). Blue and purple foam flowers - my first creative craft project ever for the end of year 2012. :)


Slippers, flip flops, thongs...call them with any names, they surely, usually soothe our feet. The question is, just how we 'appreciate' them in our life? Sounds weird ? Well, let me rephrase, just how many times, we, (you and me), in our entire life on earth, truly appreciate what or who are lingering around us, in this case the thongs as the symbol, the one thing that we could easily get for our comfort, till the one time we lose them? (our pair of thongs, our treasured possession like our favorite mug, or a person whom you see everyday, your husband or wife or mother or daughter or father - the list goes on). Yes, we always take things for granted, I believe, not excluding me.

Slipper, kalau ada kita just sepahkan je, tapi apa agaknya akan jadi, bila kita cari dan slipper tu @ kasut jepun (as my daughter called it, :)), dan selipar tu tak ada di mana2, out of our sight? Menggelabah kan, atau, mula la nak rasa bengang sape ambil selipar jepun kita kan?

So, analoginya di sini, apa yang kita selalu buat pada barang2 atau orang2 di sekeliling kita setiap hari? Now, let's have a look at the teacher-student context. Well, after all, half of my life I believe is to toil and struggle, mingle with those I called, or we called, students!

Katakan seorang student, atau sekumpulan students, mereka belajar dengan seorang guru A dah tiga tahun. Hmm, kadang2 ada student yang akan kata, boring tengok muka cikgu yang sama, bukan semua, tapi mungkin segelintir, tapi mereka tak luahkan, cuma merungut pada kawan2 atau yang lebih 'bersopan', mereka merungut di dalam hati. :). So, mungkin sebab dah selalu dengan guru yang sama, mereka kadang2 tanpa sedar acuh tak acuh bila guru ini mengajar atau buat kelas tuisyen. Maklumlah, dah selalu jumpa kan, macam boring jer! ;)

So, nak dijadikan cerita, satu hari ada guru praktikal datang, yang masih muda, comel, heheh. Guru praktikal ni menggantikan kelas guru yang lama nie. So, para pelajar akan sangat suka selalunya, sebab kata mereka idea2 guru muda praktikal nie lebih segar dan kena pada jiwa mereka. Okey, mereka cakap lebih enjoy belajar dengan guru baru nie.

Selang beberapa bulan, guru lama tadi tiba2 dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun, dah lama minta sebenarnya, tapi tiba2 je dia baru dapat. Guru nie pun sebenarnya tidak menyangka bahawa dia akan terpilih ke negara matahari terbit tersebut memandangkan persaingan yang sengit antara penjawat2 awam yang lain.

Maka dimaklumkanlah berita gembira tersebut kepada anak didiknya. Sekonyong2, berduyun2 la anak2 murid guru lama nie datang sambil menangis, ada yang murung, sedih sangat kata mereka sebab, kata mereka, guru nie seorang guru yang baik, tiada ganti, walaupun guru yang muda tadi, tak boleh menggantikan tempatnya. Tersentuh jugalah hati guru lama tadi, namun, semangat untuk menambah ilmu pengetahuan di dada dan demi peluang yang bukan acapkali datang, dikeraskan hatinya.

So, lihat situasi di atas. Pernah tak berlaku pada kita? Seseorang yang selalu ada di sekeliling kita, kita tak berapa nak kisah sehinggalah sesuatu berlaku yang menyedarkan kita, sebenarnya kita tak boleh hidup tanpa orang tu. Pernah berlaku tak?

Teringat aku pada satu kisah saudara kepada suamiku, yang meninggal di usia muda, meninggalkan seorang isteri, yang juga masih muda, serta dua orang anak kecil. Aku yang di situ, melihat isterinya yang cuba menahan perasaan namun akhirnya jatuh terjelepuk di sisi suami yang kaku mengadap Ilahi. Tiba2 aku tersentak, terfikir situasi itu, bagaimana jika di tempat saudaraku itu, adalah aku. Bagaimana jika aku di tempatnya. Baru aku sedar, selama ini, aku tak pernah cuba membayangkan, bagaimana jika suatu masa, takdir Allah menentukan aku juga perlu berseorangan, jika suamiku, seperti suami saudaraku itu, terlebih dahulu dipanggil Ilahi.

Ya Allah, hampir menitis airmata ketika itu, terfikir aku, aku mungkin tak mampu melangkah sendirian andainya itu takdirku.

So, dari pengalaman itu, aku yakin, sebenarnya Allah sedang memberi pengajaran kepadaku, serta semua yang hadir menziarahi mayat ketika itu, bahawa, hargailah orang di sekeliling kita selama mana mereka masih hidup. Hargai mereka setiap saat, sayangi mereka tanpa syarat (unconditional love), walau apa pun, hidup kita sebenarnya penuh dengan rahmatNya yang dilimpahkan ke sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak, sama ada kita mahu mengakui atau tidak, sama ada kita sentiasa ingat atau buat2 lupa.

Sekian, catatan ini kuharapkan memberi manfaat untuk kita bersama. Sesungguhnya setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah petunjuk dariNya untuk memandu kita ke alam bahagia yang kekal selamanya. Insya Allah. Amiin.

Monday, March 25, 2013












Gelagat Khyra bersama Pak2 menakan, Paksu Akmal, PaklangAdib and Pakteh Danish a.k.a Pakteh Kecik. :)


Khyra, Hannan and the new love of our life, Muhammad Iqbal, my cousin's first son. :)










 Outdoor play, the difference excitement compared to online gaming, I guess? :)


What a shame! Sikap segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri. Tempat: Simpang 4 Permatang Buluh, Sungai Dua, Pulau Pinang. Tempat yang disediakan cukup sebenarnya nak menampung jumlah sampah sarap yang dibuang, malahan, setiap kali aku berkunjung ke sini, tong-tong sampah besar tu masih jauh daripada penuh. Inilah yang dinamakan mentaliti kelas ketiga!


Khyra and Hannan, @ rumah Nyang Timah, main 'plastesin' buatan Makteh. :)





Khyra's best friends time depa still kecik. Dah besaq dah depa lani, cuma si Zoro (mata itam tu) dah ilang. Xpela Zoro, dh xdak jodoh hang ngan kami...
 

Khyra's Toiletries Holder





My new love...well, it was actually inside me a long time ago (I believe) since I had my very own 'hantaran' myself (that time I was actually more of helping my mother ofcourse!). Ini sebenarnya bekas plastik yang dh lama dibeli tapi tak digunakan. So, one fine day, I had an idea...lepas mengemas2 barang lama yang dah lama tersimpan dan tak diguna, why not create something that would make my daughter happy! So, ini yang timbul idea nie, bekas nie sebenarnya untuk letak toiletries my little princess, Khyra. Her bath gel, syampu, ubat gigi and berus gigi. Sort of nak encourage dia supaya rajin gosok gigi! :).

So, this DIY project, I just use my imagination plus using the items yang ada dalam simpanan. I actually just found this small colourful diamond-like manik tersorok dalam satu plastik, di celah-celah my old story books yang banyak tu. Heheh. I remember bought this from my sister in law, K Ja. So, aku terfikir, baik buat sesuatu before I 'lost' it again in the sea of my treasured possessions!

Kapow! This idea emerged! So, menggunakan glue gun kesayangan, aku mula melekatkan batu-batu kecil yang colourful tu atas kepingan kayu kecil (aku beli di A tu Z tapi tak tau nak buat apa, so simpan jer,heheh). Aku susun jadi abjad nama anak kesayangan K.H.Y.R.A. And, untuk nampak lebih 'comel' aku letak small buttons yang aku beli (kat A tu Z jugak!), yang asalnya nak buat untuk hias t-shirt, tapi setelah cubaan pertama atas t-shirt khyra yang dah agak lusuh tak menjadi, niat terus terbantut! :).

Maka, terhasillah seperti yang dapat dilihat di atas. Mula ada jugak aku ingat nak letak ribbon bagi nampak meriah sikit, tapi, bila fikirkan balik, macam tak praktikal sangat sebab bekas nie nak letak di bilik air, so, macam ribbon, nanti jadi tak cantik la, basah, melekit, ish!

Hm, that's actually my third project for this year! :). The first and second were the ribbon rosettes that I made for my school order. Will write about that.... ;)

jitra weekend getaway

jitra weekend getaway
mama n khyra

weekend getaway

weekend getaway
confuse

SR

SR
eat out

McD

McD
looking up

akmal

akmal
swimming