welcome to my world...

eat.pray.love.

Saturday, November 20, 2010

Eid-ul Adha...

Salam eid-ul Adha buat semua. Semoga kita sentiasa dilindungi di bawah rahmatNya. Pagi nie menonton rancangan Tanyalah Ustaz di tv9 berkenaan korban. Tersentuh qalbu dengan bicara ustaz yg amat petah dan penuh dengan hikmah. Bicara pagi ini berkisar tentang Eid-ul Adha yang masih kita raikan hingga hari ini. Harapannya gema takbir masih berkumandang di serata pelusuk bumi Allah ini...

Berbicara tentang korban, ibadat korban secara khusus. Benarlah kata seorang ustaz, kita tak perlu menjadi kaya untuk kita mampu melakukan ibadah korban. Seperti yg digambarkan oleh ustaz tersebut, andainya sampai masa ibadat korban itu sunat dilakukan, dan pada waktu itu telah cukup bagi kita perbelanjaan asas makanan dan pakaian, dan sekiranya ketika itu ada lebihan daripada perbelanjaan kita, maka kita pada waktu itu berada dalam kategori org yg mampu melakukan ibadat korban. Marilah kita renungkan bersama. Terutama bagi golongan hawa seperti saya, jika kita mampu membeli pakaian baru setiap bulan, handbag kita juga bernilai ratusan ringgit (sekurang2nya, malah ada yg mencecah ribuan), kasut kita apatah lagi, sekurang2nya saya fikir seorang tidak kurang dari 3 pasang kan? Tidak salah semua ini kerana ini semua keperluan kita apatah lagi menjadi seorang wanita yg berkerjaya. Tapi adakah kita terfikir, untuk setiap dari kita (termasuklah saya sendiri) melakukan ibadah korban setahun sekali, kadang2 dirasakan suatu yang amat berat untuk dilaksanakan. Marilah sama2 kita renungkan, alangkah baiknya jika kita dapat ambil sedikit dari perbelanjaan kita setiap bulan (mengikut kemampuan kita masing2) dan kita kumpulkan untuk membolehkan kita melakukan ibadat korban setiap tahun...alangkah baiknya...

Ibadah korban, seperti namanya, 'korban', menuntut pengorbanan kita dalam mengikhlaskan hati memberi kepada insan yg memerlukan. Syarat2 korban yg telah ditetapkan pula memberi panduan dan peringatan kepada kita bahawa hanya pemberian yg terbaik dari setiap segi yg diterima Allah. Maksudnya di samping niat kita yg baik dalam melakukan ibadah korban, sembelihan yg dipilih hendaklah dari yg terbaik. Contohnya harus kita memilih haiwan yg sihat, tidak cacat-hatta yg patah sedikit tanduknya pun dilarang oleh Rasulullah untuk kita ambil sebagai korban. Begitulah telitinya Islam...yg perlu kita buat hanyalah mengikut panduan yang telah diberikan.

Apakah hikmah ibadat korban nie dalam hidup kita? Hm, maksudnya, kalau kita nak bagi sesuatu pada orang, bagilah yang terbaik. Contoh, nak bagi makanan, bagilah makanan yg kita makan yg kita suka dan masih elok. Macam pakaian pula, tidak salah (kata ustaz 'Tanyalah Ustaz pagi nie - Ustaz Mohd Nidzam, pensyarah UIAM) jika kita hendak memberi pakaian terpakai yg masih elok dan boleh dipakai kepada orang lain, tapi jangan la bg pakaian yg dah x boleh dipakai, melainkan tujuan kita bagi tu untuk org tu buat kain buruk, tu cerita lain la.

Oke, semoga perkongsian ilmu ini memberi kita manfaat bersama. Amiin. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, Allahuakbar wa lilla hilham...

Salam Eid-ul Adha buat semua. Selamat berkorban demi agama Allah yang kita cintai...

Wednesday, November 3, 2010

life is too short

Agak lama aku tdk mencoretkan apa2 d ruangan ni. Hm, mgkin faktor ke'bz'an aku. Huh? Bz sgt ke? Ntahla, bz la rsanya...ujung2 taon nie byk hal yg nk kna disetelkan. List keje yg nk kna disetel dh dpt, awl2 lg sbnrnya dh tau apa yg nk kna hntq ujung taon nie, tp besala, ak nie stail last-minute tu xleh nk tgal, dr stadi kat U dlu lg. Tp besanya last2 minit nie, idea mencurah2...hm, ntahle, samaada itu kelebihan @ kekurangan, ak x pasti, tp yg pastinya ka syg dri ak. :)

Wednesday, October 20, 2010







Harri Bahasa...

Salam. Kat sekolah harini ada hari bahasa.hmmm...kena ke kita ada hari bahasa nie supaya org cakap bahasa melayu? kena x? Maybe ada yg kata x perlu la, kan ke kita hari2 cakap bahasa melayu? Hm, tp ada org berpendapat kita perlu adakan hari macam nie yg kita semua sambut dan raikan so baru ramai org sedar tentang kepentingan sesuatu perkara tu, contoh kat sini Bahasa la kan. Tak kisahlah kita side mana, tp jom kita kaji sket keberkesanan kita ada program2 macam nie.

Kita lari tajuk sket, topik tetapp sama, tajuk jer ubah sket. Kita kan ada banyak sambutan perayaan di Malaysia ni. Salah satu contoh Hari Ibu. Kemudian kita ada Hari Bapa...macam2 hari lagi la kan. Kalau kita tengok lakan, bila time hari ibu tu, tetiba jeer anak yg x penah cium tangan ibu dia, p buat macam tu. Mesti mak dia terkejut kan, tp at the same time sure mak dia happy gak kan? Nampak x kebaikannya...kalaulah xde hari ibu, maybe anak tadi malu nak buat camtu kan, ji ble la bg alasan hari ibu, ye dak?

Hm...kembali ke topik Hari Bahasa nie. So, nampak x, ada jugak la kepentingan kan sambutan yg seumpama nie kan...jom la kita sama2 fikirkan dan hayati...

Hm, berbalik kepada sambutan hari ni di sekolah aku. Hari ni sbnrnya aku macam blurr jer pg2 td. Dah dengan laparnya...p sekolah tinggai barang yg aku sepatutnya bawak, sampai sekolah lambat 2 minit...huh. Complete set! Nak dijadikan cerita, Kak Zihan (kakak yg anggun n tetap maintain comel walau dalam keadaan apa sekalipun, tabik spring la kak zihan!) bagitau pagi2 lagi, bdk yg sepatutnya buat persembahan bercerita xmai (aku rasa la, budak tu sengaja la tu nak mengelat, huhu). Dai tanya aku, sbb 2-3 hari lepas ak ada bgtau dia nak msk bersajak tp kemarin time tnya dia blk dia kta ada dh bdk nk sajak, so aka ada choicee la nk wat ke tidak. Bila fikir2 blk, ak pn tarik diri sbb ak pn x dapat lg sajak apa nak baca. Maunya sajak org puteh ble la ak amik je lm bku poem form 3, ke form 4 ker. Yela, yg aku dok ajar2 bdk2 lam kelas. So, aku bgtau la terus terang ngan dia, laptop x bawak, klu nak sajak kena godek lam laptop tula (laptop aku nie slalunya jd 'superhero' la menyelamatkan ak dalam banyak keadaan. Mana tak nya, segala mak nenek info ke apa2, sumer aku sumbat jer lam laptop tu. Itu pasal la aku ngan laptop ak cam daging dan urat saraf-kira lebih akrab lagi dpd isi ngan kuku, pi tang mana pn slalu laptop tu adala except klu aku p holiday je, stakat ni la...heheh). So, dipendekkan cerita, kak Zihan pn oke je, dia kta xpela, buat apa yg ada jer. Aku pn oke jer, kanpe, aku takkan mengaku kalau ak xleh buat sesuatu.

Hm, pastu adalah ucapan pengetua...bla, bla, bla...tengah2 dk layan ucapan pengetua tu, tiba2 ilham mai, ak pn wak kluaq bku magik yg slalu ak bawak p memana tu, trus tulis sajak nie...

Aku dan Bangsaku

Aku dan Bangsaku
Ada beza, tiada sama
Walau sama bahasanya
Walau sama wajahnya
Walau sama warnanya

Aku dan bangsaku
Mana jiwa perjuangan kita
Mana hati putih bersih kita
Mana hilang adab susila kita

Aku dan bangsaku
Jiwa kita seharusnya sama
Minda kita harus terbuka seluasnya
Diri kita harus diterampil bukan seadanya

Maka,
Wahai bangsaku,
Wahai anak bangsaku
Marilah kita bersama
Mencari persamaan dalam perbezaan
Mencari indah bahasa ibunda
Mencari pelangi dalam warna kita yang sama

Wahai anak bangsaku
Kembalikan semangat perjuangan hidup kita
Kembalikan bersih jiwa kita
Kembalikan adab susila kita

Marilah sama-sama berjuang
Atas nama,
satu bangsa
satu negara,
satu bahasa.

Sekian,
untuk anak bangsaku
yang selalu di hatiku.

SMK Permatang Tok Labu
8.15 pagi
Dataran Perhimpunan
20.10.2010

Hm, aku sendiri pn terkejut sbnrnya sbb tiba2 je dpt ilham, pastu trus present...huhu. Yg lawaknya, macam mana tah aku ble gugup plak, (lupa baca la takhuf wala tahzan la tu)...tp ada rasa satu kepuasan. Alhamdulillah, ak boleh katakan ini adalah kali pertama aku deklamasikan sajak aku sendiri di khalayak ramai. Selama nie, dah berlambak2 sajak aku buat, tp x pernah publish, x pernah present depan audience. Aku harap nie adalh permulaan pertama ke arah mencari minat aku yang sebenarnya...moga2 hidup aku akan diwarnai dengan warna2 pelangi andai ditakdirkan aku masih di sekolah yang sama.

Akhir kata, kebahagiaan yang kita cari dan kejar sebenarnya adalah terletak pada hati kita....mari kita renungkan dan hayati bersama...

Thursday, October 14, 2010

After every sorrow there will be happiness...

Salam. At the end of every tunnel there will surely be light. And, after all, the darkest hour only lasts 60 minutes... (well, mathematically, 1 hour equal to 60  minutes right?)

Hmm...kdg2 kita slalu kmplen 'why me'? tp x rmai yg slalu tnya diri kita, 'why not me'?. Betul x? Aku pn kdg2 tersasar dlm lautan manusia individualistik yg kdg2 mncabar prinsip yg sekian lama aku pegang. Aku x gemar org yg suka kmplen sbb ak rasa, time ak kmplen tu sbnrnya ak hanya mncari alasan untuk tdk brtggjwb atas apa yg spatutnya ak cuba sama-sama fikirkan dan mencari penyelesaian. Dalam ertikata lain, 'aku apa peduli'! Amacam, penah dengar org cakap ayat macam ni? How d u feel? X ke sakit ati kan...hm, org2 mcm ni la yg kdg2 buat smgt ak yg slalunya berkobar2 jd smpai ke tahap 'tak kuasa makcik'! Tp boleh ke kita salahkan org len klu kta hlang smgt? Mcm x fair, mcm ada yg x kena nie kan...jom kita kaji tgk...kira muhasabah la ni.

Hm, ni satu lg persoalan yg biasa kita hadapi tp penah x kita fikir mendalam? Kita ckp kita jd mcm ni, mcm tu, disebabkan oleh org nie, org tu...adil ke kita pd diri sendiri? Sbnrnya klu kita fikir secara mndalam la kan, agak2 kita nie manusia yg kuat x bila kita selalu terpengaruh pada keadaan? Masing2 sndiri jwb la kan...termasuk diri yg tengah menaip nie...susah nk paham ke? Okey, mai nk terang pjg lebar sket lg kat bwh nie...kot2 dpt kongsi pgtahuan yg bermanfaat bersama2 ye...

Contoh la kan, ada seketul batu yg dipanggil gerbang laut (geografi la plak...)...hm, batu ni...opss, gerbang laut nie, bila lama2 dilanda air laut, lama2 dia akan terhakis jadi tunggul sisa (hm...cm knpius je, xpe, cek tgk geog form 2, klu ada khilaf tlg komen)...oke, sng citer, tunggul sisa nie saiz dia lg kecik la kan dr gerbang laut td...ha, apa maksud nie?

Oke, batu tu sifatnya kan ke keras, awat yg buleh p jd kecik lagu tu? Ha, dia berubah ikut tekanan yg ditimpakan ke atas dia (air laut tu la jd pnca 'stress' dia tu)...so, last skali nma dia pn dh kena tukaq (ni org yg tls bku geog tu ke pnya pasal?hmmm...entahle, betoi la tu kot kan, agaknya la).

Jadi kalau diumpamakan kita, manusia, sng ckp org yg 'blend' ke dalam situasi yg menekan dia...lemah ke kuat tu? Mgkin x ckup kuat kan, stju x? So, nk ke kta jd gerbang laut tu? Sama2 fikirkan la no, moga2 jadi pnduan berguna utk kita lebih mndekati Yang Maha Esa.

Oke, seterusnya contoh kedua. Td batu, gerbang laut. Ni plak, watak kartun. Awat pelik ka? La, xkan xpenah tgk kartun..mcm2 la, Spongebob, Tom n Jerry, Woody Woodpecker...dan beribu-ribu lemon lagi. Jgn pelik, awat amik kartun jd cnth nie...ha, baca nie...

Bila kita tengok kartun, contoh macam Tom n Jerry tu, ada x satu siri kita tgk tetiba depa dua nie baik dah, x main ligan2 dah...buleh mkn semeja, p shopping skali, p main skali...kira smua skali la...penah ka? Cuba jawab? Dak kan.... Ha, penah terfikir x, sbnrnya klu kita ambil yg positif dr wtk kartun nie, byk manfaatnya...apa dia tu? Yala, mcm Jerry tu slalu kna ligan dgn Tom kan, ada ka dia mengalah walau sekali, tdk kan? Jd, kesimpulannya kartun tu menggambarkan wtk manusia yg kntal, x kira la apa org len buat kat dia, dia akn tetap dgn pndirian dia, x akan berganjak. Lg satu cnth, Spongebob...ha, yg sepan kunin tu. Macam2 jd kat dia spnjang kta tgk crita dia keja kat buat crabby patty tu kan. Tgn tercabut la, mata terkeluar la, obor2 msk lm perut dia la, tp dia jd normal blk lps tu, msih ble keja ngan n Crab...btl x? Tgn patah ada ka ble boh blk pastu jd normal? Skali mcm x logik la kan tp cba kta nilai dr sdut motivasi...maknanya walau apa pn terjadi, Spongebob ttp Spongebob, x akan jd Squidword, x akan jd Patrick...btl x? Maknanya jatidiri la tu, dan smgt yg kental, mcm org Kedah kata, membujur lalu, melintang patah (org len ada kta gk kot, tp sbb ak org Kedah, kira betui la apa ak kta tu kan...hehe).

Ok, kesimpulan, marilah kita sama2 membantu spya kwn kita mnju pncak, bkn menolah dan menunjal dia smpai dia tergolek jatuh dalam gaung yg amat dalam macam Jurang Mariana...wassalam.

Wednesday, October 13, 2010

Allah is great...subhanallah

Salam, it's been quite sometime I didn't even had the time to peek into this little space of mine. Life was soooo bz i gez? Hm, that's just an excuse, huh? After all, everyone has 24 hours....hmmm...

Kembali ke dunia blogging...sbnrnya 2-3 menjak ni bz la sket ngan bdk2 nak PMR haritu (bz la sgt kan?heheh)...agak la, hm, situasinya...slalu ble lepak 'berejam' mkn kt 'cafe' ala-hotel kat skolah...huhu...tp time dk bz tu, mkn pn ala-ala org x ckup tgn...haha.

However, alhamdulillah, dh slesai PMR. Everything was smooth...praise to Allah for giving me the strength...and to one person who did help me a lot...kak Umi J...hanya Allah dapat membalas jasanya...

To be continued...

Sunday, October 3, 2010

Hari yang indah di Farmer River

Hidup kadang2 kena melalui perubahan yg kita x jangka...contoh? Buat sesuatu perkara yang biasa dengan cara yg kita x biasa lakukan, atau dalam erti kata lain...buat perkara biasa dengan luar biasa. Macam mana tu? Ala, senang ja, contohnya biasa ujung minggu kita nak breakfast, bawa mknn tu p makan tepi bendang ka, tepi laut ka...kan ke menarik tu? Oke...nanti kita sambung...

Wednesday, September 29, 2010

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita akan kembali...

Hari ini...28 September 2010. Satu berita sedih di dinihari kuterima, Pak Ngah kembali le rahmatullah. Allahu akbar! Tatklala menerima berita itu dari mak, aku hanya mampu ucapkan Inna lilla hi wa inna ilai hi raaji'uun. Tiada ucapan lain. Aku tergamam, hanya mampu berkata 'ok' kepada mak. Lepas talian diputuskan, aku termenung dalam kegelapan. Sekali lagi aku seolah-olah hilang arah. Tiada ungkapan yang dapat menggambarkan perasaanku. Semuanya bercampur-baur. Tergamam, buntu, sedih...entahlah. Aku beristighfar dan selepas itu hanya ucapan Allahu akbar terbit berkali-kali di bibir. Seketika, air mata mengalir perlahan-lahan membasahi pipi.

Ya Allah, Engkau tidak pernah memungkiri janjiMu. Tatkala tiba masanya ajal, tiada cepat atau lambat walau sedetik...aku menangis lagi. Fikiran seolah-olah kosong. PakNgah...seingat aku, jarang aku bertemu dia. Maklum saja sejak aku sekolah menengah hinggalah ke universiti, aku tinggal di asrama. PakNgah pula seorang yang jarang bersembang panjang, jadi aku hanya bercakap berbasa-basi saja jika bertemu. Aku sangat hormati PakNgah, adik ayahku yang parasnya sangat iras ayahku jika dibandingkan dengan adik beradik ayah yang lain. Allahu akbar! Segenap tubuh terasa seram sejuk memikirkan, andai tiba waktu ku...Ya Allah, kupohon semoga hidup dan matiku di dalam iman dan Islam. Inna solaati wa nusuki wa mah yaa ya wa mamaati lillaahi rabbil 'aalamiin.

Di sini ingin kuseru diriku...dan kalian semua yang sudi menelaah penulisanku, moga kita sentiasa ingat-mengingati ke jalan kebaikan dunia dan akhirat. Andai aku alpa, mohon kalian ingatkan, dan kiranya ada kekhilafan, mohon dimaafkan...sebagaimana aku sentiasa cuba memaafkan...moga kita semua diberi kekuata olehNya agar kemaafan sentiasa bermukim di hati kita.

Amiin.

Sunday, September 26, 2010

Bila ukhuwwah terjalin...

Salam,kepada sesiapa yg sudi menjenguk blog aku nie. Raya dh msk hari ke 17 hari nie...alhamdulillah, nikmat Allah terlalu banyak dirasai...lepas raya ni...asyik makan je...kehkehkeh. Hm, cakap pasal raya...ada kaitan dengan ukhuwwah...cakap pasal ukhuwwah, hati nie gmbira bila ada insan2 yg bergelar student ku, sudi dtg ke rumah utk beraya...thanks utk para pelajarku yg sudi bertandang...smga ukhuwwah kita berkekalan, demi Allah, selamanya...amin.

Friday, September 10, 2010

Raya...

Alhamdulillah, kemenangan telah hampir...hm, raya nie sbnrnya kemenangan la bg kta umat Islam kan, berjaya menahan diri dari nafsu...

Sok raya... (dh pg nie, kira mlm gk le sbb x cerah lg kan... heheh)...mlm nie Khyra demam la plak...bdn pns...actually dr tghri td lg bdn dia pns...cpt2 bg mkn ubt...dh 2 kali mkn ubt, nmpk crgs la gk dia...tp bla tgk mta dia btl2...nmpk dia dk mnhn...ya Allah, bertuahnya aku dpt memiliki seorang ank spt Khyra...x byk rgm, peramah...pnwr hati...alhamdulillah...hrp nya sok dia x dmm...sian bju rya dh dk tgu utk dipakai...tdg raya lg... :)

Tuesday, August 31, 2010

Aku anak MERDEKA!!!

AKU ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka...
walau lahirku selepasnya, aku tetap punyai semangat itu yang membara
Aku anak merdeka, walau mereka kata aku tidak pandai bercakap bahasa
Aku tetap anak merdeka, kedaulatan bumi Malaysia ini akan kupertahan walau apa jua

Akulah anak merdeka, walau mereka mengata
aku bercakap tiada semangatnya
Aku tetaplah anak merdeka, kubangga apa sahaja milik nusa
Aku memang anak merdeka, aku terguris andai tanahair dicerca
Aku anak merdeka, biar apa mereka kata, hidup matiku di sini
tetap kan ku berjuang menegak agama dan nusa tercinta

Aku anak MERDEKA!
Wahai semua yang mengaku anak Malaysia
Marilah sama2 berusaha menjadi insan berguna untuk tanahair tercinta
kerana aku percaya,
andai kita mahu merdeka
kita kan jadi aset bukan beban selamanya

Aku anak merdeka, walau kecil aku
Walau kecil suaraku
Walau kecil nukilanku
Namun aku percaya
Setiap baik ada balasnya

Maka, untuk jadi anak merdeka
Merdekakan dirimu dari fikiran lama
Merdekakan dirimu dari belenggu jajahan minda
Merdekakan dirimu dari palsunya dunia

Jika kau anak merdeka...cabaranku
Carilah jati dirimu
Carilah sebenar dirimu
Agar kau benar-benar merdeka
Dari segala belenggu dunia fana yang sentiasa meruntun alpa

AKULAH ANAK MERDEKA!

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Nukilan,
Seorang aku yang MERDEKA.
=)

Monday, August 30, 2010

Kita yang selalu alpa

kita yg selalu alpa, setiap apa berlaku ada hikmahnya
kita yang selalu alpa, setiap tindakan ada balasnya
kita yg slalu alpa, setiap kata, andai tdk dijaga, ada hati yg akan terluka
kita yg slalu alpa, apa yg di depan mata, andai hilang suatu masa, bru kta tersedar betapa bernilainya

kita yg slalu alpa, apa ada pd kita hanyalah pnjaman semata,andai ditakdir smpai masa, hlanglah semua kemegahan kita

kita yg slalu alpa, menuding jari pd yg tdk kita suka...
namun kerana kita slalu alpa, satu telunjuk menuding, empat lg mengarah kpd kita

kita yg slalu alpa, marilah saling mengingatkan agar kita tdk lg alpa tatkala ajal datang menyapa

kta tdk kan skali2 alpa, andai saling mengingat kita sesama manusia...

Wal 'asr....
Amin

nukilan rasa
22:03
30 ogos 2010
pmtg sg 2

Anakku

Anakku yg telah lma kutunggu...kini menjangkau 2 tahun...12 september ini. Anakku, kdg2 tercabar kudratku...ya Allah, lasaknya dia...heheh. Tapi, itulah kebahagiaan yg x dapat diungkapkan dgn kata2....setiap tingkah lakunya pnuh dgn ceria dan membahagiakan aku...sgt petah berkata2, penuh dgn idea gila2... ;)
Kdg2 terasa dunia ini terlalu menghimpit aku dgn pelbagai kerenah manusia, namun tatkala memandang wajah kecil itu, hilang segala musibah dunia yg menimpa aku...ya Allah, betapa besarnya rahmat Mu...

Saturday, August 28, 2010

Khutbah Jumaat yg sgt bermotivasi

Baru sja tgk satu khutbah Jumaat yg di post d facebook oleh suami
tercinta...Subhanallah, kalaulah org2 ahli agama semua macam ni, x mustahil masjid2 akan dipenuhi bkn sja dr glgn veteran malahan dr prgkat kanak2 dan remaja juga. Kisah yg disampiakan sgt menarik hggakan rsanya kalau ada org yg tdur, mmg org tu xdak common sense! uhu...Intonasi yg menarik, gaya yg bersahaja...cara yg amat baik utk menarik smua golongan lbh mndekati dan mendalami Islam...Subhanallah....nama ustaz tu Abdullah Khairi

Friday, August 27, 2010

Apa yg kita cari?

Salam. Alhamdulillah, satu hari lagi di bumi Allah. Baru lepas tgk facebook...ada ceramah sorang ustaz, dr teganu kot...dgr slang dia cm org dr sna. Ceramah ni pasal 'gaji isteri'. Baguih la ada org2 alim cmni yg mnrgkan hkum agma yg sbnr2nya pd org yg x mgtahui...ak pn sbnrnya xtau pn isteri blh mta gji. Cma slma nie yg ak tau bhwa Rasulullah prnh bersabda bhwa suami yg mmpu sptutnya mgambil pmbntu utk isterinya krn tgs istri hyalah mlyn suami. Wallahua'lam. Pgtahuan ak yg cetek hnya stkt tu. Subhanallah, btpa cntiknya Islam jka kta btul2 mmahaminya...btapa mrtbat wanita diangkat tgi dlm Islam. Tp pemahaman prg skrg terbalik (bkn smua, tp dr pmrhatian ak, kebanyakan org berpndpt bginu), kaum wanita Islam mmprjuangkan hak wnita, knnnya ats nma ntah hapa2, seolah2 menidakkan hkum Islam ke atas wanita...jelaslahm trg lg brsuluh, mereka ini tdk berusaha mndlami Islam yg sbnrnya. Ak bkn nk mgata sapa2, ak pn msih sntiasa brusaha utk jd hmba Allah yg trbaik, tp kdg2 ak rsa malu dgn rkan2 bkn Islam bla mreka tnya hal2 brkaitan Islam yg mna org Islam sndri mnnjukkan pnntangan...yela, pd ak klu kta ikut al-Qur'an, Allah jdkan kta brlainan bgsa spya kta brknalan, bkn brmsuhan, jd ak kwn ngan smua org x kira bgsa, slagi mreka tdk mmusuhi Islam. Stkat nie ak ada rmai kwn2 1Malaysia la blh dikatakan. Yela, Islam x prnah melarang apa...

Wednesday, August 25, 2010

Alhamdulillah...

Another day of happy living. Dikurniakan seorang suami yang amat memahami dan seorang puteri kecil penghibur hati, hidup ini terasa tiada cacatnya. Tapi kdg2 terfikir, knpa ak kdg2 terlalu amat memikirkan musibah yg terlalu kecil lalu kesannya terkena insan2 yg tersayang.H, senag cakap...sekolah ak skrg. Entahlah, apa yg x kna, mkin hri ak mkin hlang smgt utk mendedikasikan spnuh tnga utk mnddik ank bgsa d sni. Acapkali, prbuatan mreka mgguris hti seorang guru sprti ak. Ak cba buat x pduli dan biarkan mrka mengata ssuka hti...tp x lma, nluri cikgu dlm dri ini x blh mmbiarkan 'kmgkaran' brleluasa d dpn mta tnpa brbuat apa2. Walau pn ak tahu apa yg ak buat x dsukai mreka...tp kalaulah mereka tahu keikhlasan hti ak dlm mndidik mreka, alangkah bahagianya...hm, tp bak kta seorang rkn guru - yg pnting kta dh lksnakan tggjwb mereka, tugas utk mmberi hidayah dan ptnjuk bkn d tgn kta, itu smua adalah milik Allah....ya Allah, ak byk lalai, sntiasa mmikirkan bhwa ak yg trbaik dn mmpu mgubah para pljr ini...nmun sering ak lalai dan alpa Engkau yg mnntukan sgala kptsannya...astagfirullah...

Saturday, August 21, 2010

Hobi baru la plak...

Salam. Ini entri pertama dlm BM. Alhamdulillah, masih ada satu hari lg ksmptan bernafas d bumi Allah nie. Hm, nie nk citer sket psl mnat baru yg tetiba sgt2 mndesak utk dicuba...fotografi. Sbnrnya cm dh lma la gak mnat ftgrfi nie, tp cm x knpiden jer ble amik gmg chantek. Heheh. spaila bbrap agmg yg tlh ak amik mmbuatkan ak prasan sndri yg gmg tu ada nilai sni...lihatlah...

Thursday, August 12, 2010

count your blessings

Alhamdulillah...say this everyday, every time u get sth good. Insya Allah, this way u can stay satisfied with what u hv while at e same time never stop striving for the best in life. Look around u, what brings u happiness, count every small blessing that u get...don't let small obstacles shadowed the gud things around u.

Monday, August 9, 2010

If u want to b sth th u wanna b, act like one!

Yep, that's what I knew for a long time. Yet, the easily-understood concept is in fact hard-to-materialise in reality. Why so? It's bcoz we, human being, like to think and act only in the way that we are taught to. Seldom people (except those who are really practising very hard to stay positive all the time-including me, I believe...heheh) try to look at simple everyday-things in a different angle. That's why we have this 'One cannot teach old dogs new tricks'. So, if 4 example, I wanna b a pro photographer, I have to act like one, again, the saying, 'Fake one to be one'...it's sth like that. In conclusion, if u wanna b a millionaire, what should u do b4 u b one? Let this b our point 2 ponder 4 e day...chow!

To change your life, change your way of thinking

I truly believe that if we think that we can, we are half way towards achieving what we want. And I believe many of us realize this yet why so many people out there who always like to think that they can't do something to better themselves? I really hate when hearing people saying that 'Nak buat macam mana, dh takdir Tuhan nk bg aku jd macam ni'. Ridiculous! Hello, Allah gives us choice ok. People who utter this kind of dialogue are those who are never be thankful for what Allah has given them. Don't believe me? Then, tell me the reason why Allah created us with our brain? Why do we have the choice to do anything we like? Because He is fair to us. He gives us guidelines that is the Qur'an and Hadith to follow. We are definitely not being thrown without proper guidance into this world. How great Allah is..Subhanallah.

Saturday, August 7, 2010

look at life from a different dimension

Stay positive, strive to be positive! Easier said than done, yet I believe nothing is impossible in this world if u r willing n of course, Allah willing.

Thursday, August 5, 2010

learn to appreciate what we have

The key to success-count your blessings for the day every night before you doze off...no sigh, no regret for what you have done-of course at the same time we have to repent for the sins that we have done and determine not to repeat them again-just the thought of wanting to be better by day and wanting to do the best you can. This way, you will have no complaints and be thankful for what Allah has given you...of course, these suggestions sound so ideal and even I myself actually couldn't really believe my eyes that I've written what I've written. But, this life is the only chance that we have-after all I believe that all of us know we only have one life to cherish-so, why not live it to the fullest! In fact, Islam encourages us to always strive for the best! So, if we claim that we are Muslims, why don't we adhere to Islamic teachings and principles and belief? I guess all of us have the answer in us. Islam also teaches us to be kind to all Allah's creations, be it human beings, animals, plants...you name it, everything on earth! The key word...KIND. So, what about those extremists who bombed themselves? Well, again, I believe we are sensible enough to judge. Islam promotes peace, everything that brings goodness to mankind is Islam. So, let us together, Muslims...embrace our religion with all our hearts, so we will make this living in this world a better place for everyone...I mean, EVERYONE.

Wednesday, July 28, 2010

stay positive even if that makes u stand alone...

how easy to say that, yet so difficult to materialise...however, must remember that it's definitely not impossible, no matter how difficult situation may push u against the wall of resistance, it's so important that u bounce back everytime.Phew!

Standing yet trying hard not to fall

It's been quite sometime I didn't write. So 'busy' with life I guess...huh! Last two weeks I attended a course Training of Trainers. Huhu, never in my dream I would be involved in this, I mean, at this so early stage, at this so-called 'fast track'. I believe there's always something good Allah wanna gv us behind anything that happenned...this evenet is not excluded, so I believe. Now I start to think again, where am I actually 'going' in my life-well, I mean worldly. Referring to the course I attended in the Flamingo, Bt Ferringghi, Penang: I was quite clear that that was what I wanted from the start, I mean not being an ordinary teacher, yet I don't wanna be too ambitious as to apply for the what people call GC...Guru Cemerlang? or...it could be anything with that initial...huhu. Ok, back to the Flamingo (where foods were really heaven- in term of quantity n quality!Mouth-watering), what I thought I wanted was to become a certified trained trainer for teachers. Seemed so ambitious i guess when I started thinking about that yet the thought of it filled my heart with flowers and fragrances... ;). And, one more this, something surprising that I discovered in the course (during one of the many taxing yet happening sessions conducted) about myself, I really am a Spatial person (well, juz in case u hv no idea 'bout 'tis, this is one of the Multiple Intelligences from Howard Gardner)! And that means I am one of those picture-inclined people. Hm, what made it so surprising because all this while I've been thinking that there's the 'photographer' in me more that I am a teacher. Haha, got what I mean? Here are some evidences that reveal the 'photographer' in me I believe. Well, one evidence first, will download more... ;)

Saturday, January 9, 2010

What a relaxing weekend!

Woke up this morning i felt so refreshed that I don't haave to go to work. Argghhh!! What does that mean? Heheh...I guess I'm still shock with the new working environment I'm in now.Huh! In spite of trying to stay positive at all times, these are the times when the challenge seems so enormous that I really worked hard to keep my feet standing. Whew! What a relief that at last the weekend is here...wow! Great experience I'm thru in the alien space I'm now in.

Whatever it is, stay positive!

How easy to say that yet it's a challenge to do that, right? But, i believe that we should always try our best to stay positive in life no matter what. How? As I always tell my students, when you think negatively, you'll always point fingers at others when anything happen. This way, you mught feel satisfied, but the problem is still there, lingering around you! Now, if you always think positively, you definitely will never blame anybody, instead you'll try your very best to find the solution to whatever you are facing...that's the beauty of thinking and staying positive. You are a problem solver! What an achievement!

My 'new' life as a teacher

Welcome 2010, goodbye 2009! Phew, thought i already missed 2009 so much....so many memories...SMK Hj Zainul Abidin, the traffic jam on Penang Bridge, hectic life on the other side...wow...now i realised, it's really true that we usually will appreciate something when it disappeared from our life...

jitra weekend getaway

jitra weekend getaway
mama n khyra

weekend getaway

weekend getaway
confuse

SR

SR
eat out

McD

McD
looking up

akmal

akmal
swimming