welcome to my world...

eat.pray.love.

Tuesday, August 31, 2010

Aku anak MERDEKA!!!

AKU ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka...
walau lahirku selepasnya, aku tetap punyai semangat itu yang membara
Aku anak merdeka, walau mereka kata aku tidak pandai bercakap bahasa
Aku tetap anak merdeka, kedaulatan bumi Malaysia ini akan kupertahan walau apa jua

Akulah anak merdeka, walau mereka mengata
aku bercakap tiada semangatnya
Aku tetaplah anak merdeka, kubangga apa sahaja milik nusa
Aku memang anak merdeka, aku terguris andai tanahair dicerca
Aku anak merdeka, biar apa mereka kata, hidup matiku di sini
tetap kan ku berjuang menegak agama dan nusa tercinta

Aku anak MERDEKA!
Wahai semua yang mengaku anak Malaysia
Marilah sama2 berusaha menjadi insan berguna untuk tanahair tercinta
kerana aku percaya,
andai kita mahu merdeka
kita kan jadi aset bukan beban selamanya

Aku anak merdeka, walau kecil aku
Walau kecil suaraku
Walau kecil nukilanku
Namun aku percaya
Setiap baik ada balasnya

Maka, untuk jadi anak merdeka
Merdekakan dirimu dari fikiran lama
Merdekakan dirimu dari belenggu jajahan minda
Merdekakan dirimu dari palsunya dunia

Jika kau anak merdeka...cabaranku
Carilah jati dirimu
Carilah sebenar dirimu
Agar kau benar-benar merdeka
Dari segala belenggu dunia fana yang sentiasa meruntun alpa

AKULAH ANAK MERDEKA!

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Nukilan,
Seorang aku yang MERDEKA.
=)

No comments:

Post a Comment

jitra weekend getaway

jitra weekend getaway
mama n khyra

weekend getaway

weekend getaway
confuse

SR

SR
eat out

McD

McD
looking up

akmal

akmal
swimming