welcome to my world...

eat.pray.love.

Thursday, March 30, 2017

Mak ayah

Teks: Rozanah Zakaria

Lama aku tak menulis perihal Mak Ayah.

Mak;
Setiap kali anak-anak balik kampung, macam-macam nak diceritanya.
Kadang-kadang aku rasa macam nak tampar diri sendiri bila tangan gatal nak membelek skrin tatkala Mak bercerita pada aku.🤦🏻♀️

Ayah;
Macam biasa, Ayah jarang bersuara.
Selalunya Ayah akan setia di depan televisyen, menonton berita.
Itu sajalah rancangan paling Ayah suka sejak aku kecil.
Dulu aku cukup tak faham kenapa Ayah 'fanatik' dengan berita di tv.
Sampaikan Nightline tengah malam pun ditunggunya.
Sekarang aku tahu.

Tapi mungkin zaman aku berbeza.

Aku masih tak dapat terima berita di tv, aku akan belek naskhah akhbar online serta berita yang aku pilih untuk baca sahaja.

Mak;
Selalu jugak Mak menelefon aku bertanya  khabar atau sekadar bercerita perihal Ayah beli macam-macam sebab tahu anak-anak akan balik.

Ayah;
Jarang sekali Ayah menelefon aku atau adik-adik.
Dulu aku fikir Ayah sibuk, jarang ambil kisah hal kami;
aku fikir Mak seorang saja yang prihatin.

Sehinggalah Mak bercerita;
Acapkali Mak telefon kami adik-beradik, Ayahlah yang berbisik di tepi menyuruh Mak tanya itu dan ini.
Mak telefon juga kerana Ayah mahu tahu perihal anak-anak.
Mak telefon bukan saja kerana anak-anak, tapi kerana Ayah juga.

Kini aku mengerti.
Luas makna hidup berkeluarga ini.

Yang tersirat harus aku amati seperti mana aku melihat yang tersurat.

❤️😊


No comments:

Post a Comment

jitra weekend getaway

jitra weekend getaway
mama n khyra

weekend getaway

weekend getaway
confuse

SR

SR
eat out

McD

McD
looking up

akmal

akmal
swimming